US

Monday 28 December 2009

Family Day 2009: Ketawa Sorang


1. Sangat geli hati bila teringat saat abg mohd redha a.k.a  pengadil tarik tali cuba tahan tali dari ke kanan dan ke kiri sebelum mula pertandingan tarik tali antara mak dara Ngan anak dara .. lama gak nk stablekan tali sebelum pertandingan start.. kekeke ( sorry la bang .. kitorang mmg x sabo nak main...)









2. Sangat geli hati bila teringat pertandingan tarik tali antara  Lelaki bujang  ngan lelaki da kawen.. sebelum start lagi ramai da agak lelaki bujang sudah pasti menang  coz saiz saiz muscle yg ditonjolkan perkhhh... hebat... terutama sekali si baju merah...jadi ramai la yg pi menyokong diorang... ternyata sangkaan penyokong2 bachelor ni meleset... si lelaki bermuscle  berjaya ditumpaskan oleh lelaki yg  mempunyai lemak diperut dengan mudah!! kekekeke












                                         Note : Tenaga datangnya dari perut , bukan di tangan.. kekeke

3. Sangat geli hati bila teringat group tut.... ( identiti dirasiakan coz menjaga hati sesetengah pihak.. , tapi gamba diorang ade..) main terompah panjang ... terkangkang kangkang main . org lain dah sampai garis penamat... diorang masih lagi GARIS START , PULAK TU... MENYENGET KE TEPI!!! KEKEKEKE


Tapi team lelaki pon ape kurang nyer.....








4. sangat geli hati bila teringat pertandingan karaoke ,duet antara aboy dan adik... bukan i nk kate suara mereka sumbang ok..   mula si adik nyanyi.. sumbang gak .. tapi bile si aboy masuk, aduh ... hancusssss....  tapi seb baik ade iringan suara2 latar sicomel2 mengiringi lagu cik mek molek....again, bukan nk mengutuks.. tapi sangat geli hati okay...





5. Dan yg lain pon , same jer.. yg sedap tu mmg sedap suara , yg tak sedap tu.. sekadar mencetus suasana... ahahaha














6. Sangat geli hati  bila teringat  org yg tak diexpect menang , menang pertandingan Samba nie...


7. Sangat geli hati bila teringat pertandingan sukaneka untuk budak budak , yg budak2 relax jer.. yg mak bapak budak yg over.... kekekeke...

















Ini adalah cerita hari keluarga versi afidah arif ...walaupon ade gak yg tak best coz the homestay hospitality is very suck! ... (they promise itu ini.. but yg dapatnyer lain ).. but that have been coverd by my joy n happiness spend 2 days and 1 night with all of u.. and till now... it make me ketawa sorang bila teringat kenangan di sana...

Tuesday 22 December 2009

INTERAKSI ULUNG

Bismillahirrahmanirrahim.....

Asalamualaikum.......

Ku panjatkan kesyukuran dan puji-pujian bagi Allah swt tuhan seru sekelian alam yang haknya meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi serta diantaranya. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi muhammad saw kerana dengan keizinannya jua dapat hambanya ini melakarkan kalam bertintakan elektronik di paparan yang penuh berinteraktif ini.

Sebagai pembuka kata dan memula bicara, walaupun blog ini telah lama diwujudkan namun hambamu ingin mengambil kesempatan dari ruangan ulungnya ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah memerah kudrat tenaga fikiran dan keilmuan serta kepakaran di samping berteraskan sikap yg positif dan konstruktif bagi menzahirkan blog yang sebegini rupa yang dapat kita lihat bersama pada hari ini.Sesungguhnya penzahiran blog ini tepat pada masanya ketika dunia yang kononnya tanpa sempadan (borderless world) sedang mengharungi detik-detik ledakan teknologi akibat dari capaian maklumat dan perhubungan sepantas kilat serta alam fantasi ciptaan dunia maya (visual reality) menghasilkan dunia seumpama sebuah perkampungan (global village). Teknologi yg dulu diragui implikasinya dan kemudian digeruni keupayaannya kini menguasai kehidupan dunia. Begitulah hebatnya tamadun yang terhasil dari satu penciptaan kepada satu penciptaan yang bertitik mula dari yang maha pencipta.

Sebelum hambamu ini mengakhiri bicaranya berhubung blog ini izinkan apalah kiranya dapat mengajukan cabaran kepada semua yang berinteraksi di paparan yang penuh berinteraktif ini agar memenafaatkan blog ini sebaik mungkin ke arah kebaikan bersesuaian dengan cetusan yang terhasil melalui lintasan yang baik, meneruskan apa yang telah dimulakan, menuai hasil dari apa yang telah disemai. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sesungguhnya berilah pengisian kepada blog ini agar ianya dapat dinikmati bersama oleh komuniti kita dan manusia sejagat, ibarat buah tiada yang lebih memberi nikmat kalau tidak dari isinya. Bicara ini penuh kiasan banyak tersirat dari apa yang tersurat.Sekian utk paparan dan kupasan bersama..... Kupas jgn x kupas utk menikmati isinya...........

Mengenai Lebai Jani cukuplah sekadar utk ku mengenali insan ini sebagai pendeta dan arifbillah.... sukar ku perjelaskan dlm ruangan TERBUKA sebegini cukup sekadar ku ibaratkan TIADA HURUF utk ke lakarkan dan TIADA KATA utk ku ungkapkan bagi menggambarkan keilmuan yg diperturunkan kpd insan yang pernah ku kenali sejak dari kecil lagi.Masih ku ingat di satu ketika dia menjadi guru ku dan tak ku duga pula di suatu ketika lainnya dia menjadi mertua ku. Inilah ketentuan ilahi. YAKINLAH....! sesungguhnya apa yang berlaku kepada keluarga kita dan blog ini sendiri adalah sebahagian limpahan dari semangat yang berteraskan keilmuan yang pernah dipinjamkan kepada insan ini pada suatu ketika dahulu....LAFAZ UNGKAPAN ZIKIRMU BERTUBI-TUBI MENGINGATI ALLAH LAKSANA SENJATA MEMUNTAHKAN PELURUNYA... INILAH LEBAI JANI YG PERNAH KU KENALI DISUATU KETIKA DULU....SEMOGA ILMUNYA DIPERTURUNKAN KPD GENERASI TERKEMUDIAN. WALLAHUALAM.........INNALILAHI......... wslm.

Dari saat ke minit, dari minit ke jam, dari jam ke hari, dari hari ke bulan dan dari bulan ke tahun. Maka ditakdirkanlah Hari Keluarga Lebai Jani telah berlangsung dan disempurnakan pada tanggal 18 dan 19 Dis 2009 bersamaan 2 dan 3 Muharram 1432 hijrah.Hari ini telah berlangsung sebaik sahaja kita semua menyambut maal hijrah dan masing-masing dari kita telah berdoa dan memasang tekad dan melaksanakan solat tahun baru hijrah . Saya yakin ada di kalangan keluarga kita telah bertekad untuk berhijrah dari perkara baik kepada yang lebih baik bersesuian dengan semangat hijrah Rasullullah SAW. Sesungguhnya inilah sebenarnya PengISIan kepada erti hijrah sebenarnya. OOPs... bukannya bertujuan untuk bersyarah agama tetapi sekedar mengambil berkat dari peristiwa hijrah yang berlaku pada awal muharram. Awal Muharram semakin dilupakan akibat dari kealfaan kita akibat dari buaian duniawHari keluarga ini telah di isi dengan aktiviti-aktiviti meliputi semua peringkat umur kecuali yang masih dalam buaian. Hari Keluarga pada tahun ini telah berlangsung di Kg Stay Warisan, Bati Kikir, Kuala Pilah Negeri sembilan. Sambung lain kali.... tiada ruang.

Saturday 19 December 2009

Sudah Rasmi




Hari keluarga sudah berlalu ... maka sudah rasmi jugalah blog keluarga kite..Terima Kasih kepada semua kerana tidak putus2 melawat blog kite .. dari awal mula blog nie beroperasi  sehingga sekarang , dah 500 visit diterima .. Terima Kasih Semua !!

Sebenarnya blog kite nie masih baru , masih banyak lagi widget2 yg perlu ditambah .. saya masih mencari calender untuk memuatkan segala event dan aktiviti tahunan kite like tarikh lahir semua keluarga , tarikh konvokesyen , tarikh perkahwinan or pertunangan dan segala tarikh2 penting keluarga . Tapi masih tak jumpa yg sesuai

dan.. Saya juga nak letak satu column family tree lengkap dgn gambar  masing2 dekat ruangan blog nie .. tapi setakat nie semua software yg saya jumpa kena bayar da.. kalau semua agreed utk beli software.., bole la saya minta duit kat bendahari ... kekeke

Hopefully next year , blog kite yg meriah , akan bertambah meriah .. dgn kehadiran ramai muka2 baru tulis entry/ cerita kat sini .. cerita la ape saje .. segala pengalaman ,  segala emosi  tengah geram ke , sedih ke , marah ke , luah kan dan kongsikan  je kat sini .. kite semua sekeluarga.. cubit peha kanan , yg kiri akan terasa ... dan yg lain.. sila la balas dgn mengisi ruangan komen

And kalau nk tau.. blog kite bukan saja dibaca oleh kite2 jer..  mengikut statistic blog yg saya tengok  , ramai juga org2 luar dari blog2 lain yang baca dan envy dgn keakraban and  semangat kekeluargaan kite .. so guys... apa tunggu lagi .. tunjukkan kat diorang how close we r!!


P/S1 : kalau boleh , setiap sorang tulis cerita pasal family day 2009 dalam versi memasing.. Baru seronok!
P/S2 : tengah dgr CD lagu  SM Salim ngan Jamal Abdillah ... dapat masa hari keluarga ..best tul.. thanks Cik Doll!

Tuesday 15 December 2009

So little time , so much to do...

da lama rasenya tak update cerita  kat sini.. beberapa hari lepas , saya tersangat lah busy ... urusan keje, kedai , persiapan kawen si aboy dan mem'bloging .. sebabnya macam2 yg terjadi minggu lepas..

Salah satu nya 2 staff kedai shah alam berhenti serentak !!.. aduhai.. memang sesak nafas bile dgr .. and sedih / sakit hati bile org yg kite amanahkan utk jaga kedai , lari macam tu aje.. tapi mmg adat berbusiness la tue.. perkara yg susah nk handle is Managing ManPower. Ibu dan ayah pon nampak cool dan tenang je bile dgr diorang nk berhenti..

Alhamdulillah... Kedai Shah Alam cepat dapat staff baru , saya dan kakak yg interview jumaat lepas .. hari sabtu dia da mula keje.  nampak cam ok jer.. tapi tak tau la kan.. Harap2 Ok la..

Saya masih tak sempat lagi nk carik hadiah untuk pemenang karaoke hari keluarga nanti.. nak bagi ape ek?.. ade idea?... Hadiah2 yg lain, semua da ditempah dan dibeli .. tinggal nk bungkus jer lagi.. Tak sempat betul nk siapkan awal.. Hari khamis nie kena cuti la nampaknyer.. ahaks!

Owh.. bercakap pasal hari khamis , Si Bakal Pengantin baru , a.k.a aboy pon akan balik khamis nie.. kul 9 pagi.. sesiap yg x de keje nk buat tue.. jom kumpul kat KLIA sambut bakal pengantin .. bawak kompang n bunga manggar sekali taww.. kekekeke

untuk majlis aboy kawen, agak sume  da tau me wedding planner aboy .  byk jugak yg settle , kad pon da diedarkan , yg lain2.. sume da ditempah.. cuma kami adik beradik agak frust sebab tak dapat buat kat rumah baru seperti tema yg dirancang.. tapi tak pa la.. mana2 pon ok ..

jangan lupa , tema majlis kawen aboy nie in english style ( in the garden wedding , walaupon x de la sgt banyak bunga )  .. to all the ladies .. kalau tak nak pakai baju kurung ,  kalau ade dress or jubah labuh pon bleh pakai .. warna putih atau peach yer...  tapi tak de paksaan taww.. yg penting , kerja jalan..

ok..  next entry , saya akan update pasal senarai tugas  majlis kawen nanti..

jumpa jummat nanti...

Wednesday 9 December 2009

Kenali Arwah Atok bahagian 3

Tuhan Maha Adil dan Saksama : Setiap manusia yang beriman dan berjiwa mulia akan dipertemukan Tuhan dengan jodoh yang sempurna. Begitu jugalah dengan arwah atok yang dipertemukan dengan seorang isteri yang berjiwa mulia seperti uwan. Uwan adalah anak bongsu daripada 3 orang adik beradiknya. Anak manja dalam keluarganya. Bagi cik dol arwah atok dan uwan adalah pasangan 'role model' . Uwan layak bergelar isteri yang solehah.

Sifat mulia uwan yang patut dicontohi : Sebenarnya banyak sifat mulia uwan kalau nak ditulis. Antaranya uwan tak pernah berjalan pada waktu lapangnya walaupun bersembang-sembang ke rumah orang atau jiran. Satu cerita yang jadi bukti, pernah uwan membuka kasut untuk menaiki bas dan menyedari dia berkaki ayam dalam bas. He..he.. lucu kan. Sifatnya yang paling mulia adalah uwan tak pernah mengumpat, bercerita fasal orang, buruk sangka kepada sesama manusia dan amat memuliakan orang dan tetamu. Ini adalah sifat yang perlu kita semua contohi dan dituntut oleh agama. Seperti firman ALLAH dalam surah Hujurat ayat 11 yang bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu pihak dari kaum lelaki mencemuh dan merendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendahkan puak perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik kepada sesaorang, sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang-orang yang zalim ".

Hebatkan uwan kita? . Apa yang membanggakan cik dol semua anak perempuannya mengikut sifat uwan. " Dimana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi " . Harapan cik dol semua keturunannya dan kaum hawa bersifat demikian. Sebagai renungan bersama :

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Katanya Nabi s.a.w. bersabda :
Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah telaga pada hari yang sangat panas. Anjing itu cuba mengelirkan lidahnya kerana kehausan. Beliau kemudian menggunakan kasutnya yang dibuat daripada kulit iaitu khuf untuk mengambil air telaga tersebut sehingga anjing tadi dapat minum. Oleh kerana perbuatannya itu, dosa wanita tersebut diampunkan.

Semoga uwan memperolehi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.....amin

Yang baik datangnya dari ALLAH, yang buruk datangnya dari cik dol. semoga bertemu di minggu hadapan. ALFATIHAH.

Tuesday 8 December 2009

Kenali Arwah Atok part 2

Sifat mulia arwah atok : arwah atok adalah seorang yang merendah diri ( low profile ) dan seorang yang pendiam tetapi bersemangat tinggi dan memiliki self motivation yang tinggi. Arwah berjiwa memberi bukan menerima kerana inilah beliau layak menjadi tuan guru iaitu pembimbing kearah kebenaran. Bagi arwah, setiap ilmu yang dimiliki wajib disampaikan dengan berpegang kepada prinsip " I can't keep it unless I give its away " . Tidak hairanlah arwah atok disegani, dihormati, disanjungi, dan mempunyai anak murid yang ramai. Ini terbukti semasa hidupnya, arwah menjadi rujukan masyarakat dan setiap hari tak pernah sunyi rumahnya dikunjungi oleh orang ramai.

Sifat penyayang arwah atok : Arwah atok mempunyai 12 orang anak 5 lelaki dan 7 perempuan. 2 anak perempuannya meninggal dunia. Arwah atok berkahwin dengan uwan semasa uwan berumur 12 tahun. He..he.. lucu dan romantik sebab uwan semasa usia 12 tahun masih kechil dan masih bermain pasir. Banyak cerita-cerita lucu semasa perkahwinannya. Arwah atok amat menyayangi uwan. Menurut cerita uwan kepada cik dol, katil dibiliknya akan dihimpit ke dinding hanya uwan yang akan tidur sebelah dinding. Uwan pernah minta daripada arwah atok untuk tukar posisi tempat tidur tetapi arwah atok tidak membenarkannya dengan alasan nanti uwan jatuh ke lantai. Huh... begitulah sayangnya arwah atuk kepada uwan.

Arwah atok bukan sahaja sayang kepada uwan tetapi kasih sayangnya juga kepada anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya. Apa yang cik dol ingat setiap cucu atau cicit yang dilahirkan, arwah atok akan mendukongnya sambil membaca wirit Lailahaillallah dan selawat Nabi. Cik dol masih ingat semasa arwah atok mendukong cucunya ANUR ( dalam lingkungan usia 3 bulan ), dia membaca selawat Nabi dan mengalirkan air mata.. Ehh cik dol rasa sebaklah menulis kisah ni... hingga jumpa lagi. ALFATIHAH

Monday 7 December 2009

Kenali Arwah Atok part 1

Arwah Atok yang dikenali dengan panggilan Tuan Haji Jani dilahirkan pada tahun 1912 di kg Pulau Mampat, Rembau. Setahu cik dol dia mempunyai 5 orang adik beradik iaitu 3 lelaki dan 2 perempuan. Dia amat menyayangi kedua adik perempuannya yang dikenali sebagai Mak Hilir dan Mak Cu. Cik dol kurang pasti arwah atok anak yang ke berapa tetapi nama adik beradik lelakinya dikenali dengan nama Pak Long Usup dan Nayan. Kalau melihat raut wajah adik beradiknya, kesemuanya berhidung mancung....ada darah Arab kut...

Kejayaan bidang akademik arwah atok cik dol tak pasti, maklumlah zaman penjajahan sebelum merdeka peluang kearah pencapaian akademik memang susah tambahan pula dibesarkan di kampong. Tetapi yang pasti arwah menghabiskan masa remajanya dengan mendalami ilmu agama, mengaji pondok hingga ke kedah dan akhirnya berguru dengan Tuan Shiekh Abdullah ( seorang wali Allah yang membawa ajaran tarikat Ahmadiah di NS ). Daripada cerita-cerita yang Cik dol ketahui arwah atok adalah salah seorang anak murid yang disayangi oleh Tuan Gurunya sehingga seluruh keturunan Tuan Shiekh Abdullah mengenali arwah atok. Ini terbukti semasa arwah atok dikebumikan, Tuan Sheikh Murtadha ( Mufti NS ) membacakan talkinnya dan menyatakan arwah atok adalah seperti abang kandungnya...

Sememangnya banyak cerita yang cik dol ingin kongsikan untuk keturunan salsiah keluarga Arwah Tuan Hj Jani dengan harapan semua anak buah, cucu dan cicit cik dol mengnali Arwah Tuan Haji Jani yang semakin hari semakin ramai. Hingga bertemu lagi.....ALFATIHAH

Sunday 6 December 2009

hari keluarga 2009

assalamualaikum...

tumpang lalu..eh eh sebelum tu nak ingatkan kepada semua waris keluarga tn hj jani@abd ghani..famili day thn ni jgn lupa hadir erkk...rugi kalu x p...thn ni kita ade karaoke...sesapa yg rasa2 punya suara yg lemak berkrim tu..leh la masuk menyanyi...

walaupun surat dah diedarkan tp saya remind semula la sini erk..

tarikh famili day : 18 dan 19 dis 2009
masa daftar : 3.00 ptg pd 18hb dis 09
tempat : kampung stay di batu kikir negeri sembilan...(better konvoi p sana coz den pun ingat2 lupo jalan nak poie)

yuran masing2 dah bayar abis ke ni...sesapa yg rasa belum tu sila la rujuk pada bendahari erk..

sukaneka thn ni lebih kepada aktiviti sukan kampung (bergantung pada ajk aktiviti)...tentative program akan diedarkan pada hari pendaftaran...

tempat tido...memandangkan hanya lebih kurang 11 bilik sahaja yg ade..jadi pangkat mak2 n ayah2 sedara ( yg punya pasangan ) sahaja akan diberi bilik......bilik yg selebihnya akan diundi utk pasangan kelamin yg lain......maka dengan itu .....sesiapa yg x dpt bilik akan tido berasingan lelaki dan perempuan la kan...lelaki mungkin akan ditempatkan di ruang tamu rumah warisan ( akan diberi tilam, bantal n selimut) manakala perempuan pula mungkin akan ditempatkan di dom...takpe kan korang2...satu malam je....tido reramai pun best pe...hahaha...
jadi
harap bila dah dpt info ni takde masalah la nanti dr segi keperluan diri masing2 seperti beg pakaian,peralatan mandi dan sebagainya coz tempat tido yg berasingan ni tidak la dekat jaraknya.....

tshit....thn ni kita semua ade tshit keluarga..RM25 utk sehelai x kira dewasa or kanak2...duitnya dah bayar lum..soal duit sama la erk..rujuk la bendahari ye...difahamkan tshit dah tempah..mungkin akan dpt pada 15hb dis 09...mungkin tshit akan diedarkan pada hari pendaftaran...(ish ni kena rujuk ajk tshit ni).. mohon kerjasama semua pakai tshit ni masa famili day erk...(mungkin pakai waktu sukaneka la kot)

check out : 12.00 tgh hari pd 19 dis 09 - selepas itu aktiviti mandi jeramm..jgn lupa bawak baju mandi or baju lebih yer...

semoga majlis famili thn ni akan berjalan dengan lancar dan lebih baik dr thn lepas...segala kerjasama dan idea yg diberikan diucapkan berbanyak-banyak ribuan terima kasih..

sekian harap maklum...

s/u hari keluarga...

Saturday 5 December 2009

Macam mana nk post entry??

Rasenya masih ramai lagi yg confuse cam mana nk postkan entry .. tak pe2.. meh apid bagi tutorial..


1. Mula2.. tapikan http://www.blogger.com/ . dia kan keluar cam kat bawah nie .. pastu masukkan username gmail dan password gmail dan sigh in ( PERHATIAN : kalau nk tulis entry , paling utama kena bagi gmail address dulu kat apid . apid kena invite dulu.. siapa yg takde akau gmail, kena la ade kan..)



2. Lepas da sign inn, windows akan keluar yg nie...




3. kalau nk buat new entry , post .. click kat new post..




4. dia kan keluar cam kat bawah nie..Letak tajuk yg nk kite cerita kat atas ,
Pastu bole la kalau nak meng'etest.... tulis story2.... cerita2.. gossip2..






5.Kite bole letak gamba dan video kat blog kite , click kat image kalau nk letak gamba , if nk letak video , click kat video ..




6.akan keluar skrin yg macam nie.. click browse tu and letak la gamba mane yg nak diletak ..
pastu click upload image ..


7. Gamba akan keluar kat kotak writing kite macam nie...




8.Jangan Lupa , kat Label bawah , tulis la siapa pengarangnya , dan label apa nak letak
Like this + by Afidah Arif . sebabnya senang nk tengok kat side bar nanti..



9. Kalau da siap.. bole la click preview .. tengok dulu mana yg terkurang terlebih, salah eja ke.. sebelum post kan entry..

10.Bole la postkan entry , click je publish post.. kalau nk save dulu enty yg x siap lagi.. click je saje save draf.. dia akan savekan entry .. senang kan??? !!!




ok.. ada masa apid update lagi tutorial2 lain .. tapi kalau confuse gak .. u know where to find me... nanti masa hari keluarga apid akan bukak counter.. sapa nk tanya ape2 pasal blog.. bole la..