US

Tuesday, 9 March 2010

LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2010

LAPORAN MESYUARAT AGONG KALI PERTAMA

HARI KELUARGA TN HJ ABD GHANI 2010


Tarikh : 15hb Febuari 2010


Masa : 9.30 malam


Tempat : Halaman Rumah Tn Hj Abd Ghani


Kehadiran : Semua ahli kecuali En Bakhid sekeluarga, En Wafa sekeluarga, Pn

Atipah sekeluarga , Cik dol sekeluarga,En Faiz sekeluarga, En Ahmad

Fairul, Pn Siti Rahmah, En Safarudin, Cik Nur Fatin,Cik Fitri Khairiah,

En Aiman, En Mohamed, Pn Jalilah, En Abd latif..


Antara perkara yang dibincangkan


1. Yuran Tahunan

Yuran tahunan adalah tetap seperti tahun 2009

Berkeluarga = Rm 30.00 sebulan

Bujang = Rm 25.00 sebulan


2. Ajk dan perlantikan Ajk

Jawatan majlis tertinggi adalah kekal seperti tahun sebelumnya.:

Penasihat – Pn Siti Zabedah

Pengerusi – Pn Sakdiah

Bendahari – Pn Anurullina

Setiausaha – Cik Hafizah Aini

Ajk yang dikekalkan seperti tahun sebelumnya :

Ajk Multimedia dan percetakan – Pn Azati

Ajk Tempat dan Penginapan - En.Ahmad Fairul

Ajk Aktiviti – En mohd reda, Cik Hidayatul Azima, Cik Azliah, Cik Nurbahiyah.

Ajk Hadiah – Pn Arifah, Pn Afidah, En Audin.

Perlantikan ajk baru seperti berikut :

Ajk Sambutan dan protokol – Pn Adrena, Pn Athipah, En Safarudin

Ajk Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan – Pakcik Ibrahim, En Mazlan, Pn Siti Rahmah, Cik Nur Fatin, Cik Fitri Khairiah, Pn Fauziah, En Mohamed.

Ajk Sponser - En Abd Hadib, En Firdaus, En Rifaat, En Hamsan

Ajk Makanan – En Mohd Zabed, Pn Rubaniah, Pn Jalilah


3. Tarikh hari keluarga

Tarikh telah ditetapkan pada 18 dan 19 Disember 2010..


4. Konsep dan tempat

Antara konsep yang dicadangkan

- lagoon

- taman tema air

- hutan

- tanah tinggi

- agrotech

- lawatan ( Cadangan Melaka , lawatan , games kemungkinan in-door games)

- pantai

Tempat sudah semestinya la setelah dapat konsep…untuk konsep dan tempat ni masih lagi dalam perancangan…belum ada kata putus …oleh itu mohon idea dari semua org yer..kalau boleh nak tetapkan akhir bulan ni…

sekian terima kasih harap maklum…



Setiausaha ,


HaFIZAH aInI

Sunday, 7 March 2010

BBQ Anyone ??

Kisah BBQ dan mesyuarat Agung 2010 unuk dikenang dan dan Diingati


DISIANG HARI.......





Sesudah waktu asar , Anak anak bujang siapkan tempat bakar ikan ...


'
'
'


Ibu n Mak pula  sibuk bersihkan ikan untuk dipanggang ... ikan yg ditangkap hasil dari kolam Ayah dan Pak Lang 

semua ikan2 nie bakal dihabiskan malam nie... Alhamdulillah Rezeki...


while di dapur , mak long , kak tam dll sibuk siapkan rencah2 utama seperti nasi , coslaw , dan sos BBQ .... nyam nyamm


'
'
'
'




Yang anak2 pula sibuk bermain bubbles ,  riang gembira , memeriahkan suasana ... suasana yang takkan dapat dimana2 melainkan balik ke kampung....


DI MALAM HARI

Rencah sampingan sudah tersedia di atas meja...

'
'
'
'






Beberapa orang tukang bakar professional  diketuai oleh abg mohd reda sibuk membakar buat santapan semua..

'
'
'
'



Acara makan makan ... 

'
'
'
'

dan ... SU kehormat ( baju merah) datang dgn fail membentangkan tajuk mesyuarat ... Sessi Mesyuarat pon bermula...



next entry

Laporan Mesyuarat Tahunan Oleh 

SU Kehormat

CIK HAFIZAH AINI 


-sekian-

Tuesday, 9 February 2010

Our Egyptian Lady...



Kenal tak sapa nie????? 

Nie la dia anak dara kak long yg no 2...... Fitri Khairiah ... penampilan terbaru yah di Facebook mengejutkan Keluarga besar Kite ....


She is sweet lady now... and more mature  than before ... 


All the best Yah!!!!

Salam sayang dari,
Kami di Malaysia

p/s: tin, show la penampilan terbaru atin gak...kekeke.. 



Monday, 1 February 2010

Muhammad Adik Al- Hafiz

Akhirnya.. keluarga kite sudah ade pengganti  arwah atok,  Seperti ibu ayah dan kite semua harapkan,,,  adik telah pun hafaz 30 juzuk Al - Quran  dan melayakkan diri utk menjadi Hafiz .. . Last  last week berlansung upacara Khatam hafazan Quran di Darul Quran Kuala Kubu Bahru ....



































and.........


Next Future Hafiz....





P/S : hopefully lagi ramai pengganti atok dalam keluarga kiteeee

Sunday, 31 January 2010

Birthday ... oh birthday....

Adoi....... balik balik muke nie jer yg tepek cerita kat blog nie...... Helloooo.. everybody........ uolssss... sedaro den...... takkan tak de cerita best nak dikongsi kot... expeciaaly yg tinggal di perantauan org ... mahu gak dgr cerita cerita best di sana....... any cerita will do...


n'ways... birthday list keluarga kite da ade kat sebelah kiri side bar .. sila semak la yer...


1. Untuk birthday nya yg jatuh bulan february


5**Hasbul Hadi

6** Siti Rohani
8** Rahimah
9** Nurhuwari
10**Zulkhairi
13** Annuar
14** Annurulina
15**Rijal
28** Adam
 
Happy birthday in advance!!!
 
2. Bulan yg paling ramai orang birtday is August  -13 org dan July - 12 org  . So...  should we have a gathering to celebrate birthday party in 1st August ?? i think we should... (ahahaha... mentang2 la birtday i pon july)
 
 
3. Bulan yg paling sket org  birthday is bulan December .. 5 org jer...
 

4. Ramai gak yg sambut birtday sekali like
 
  • 16 January ** Nurbahiyah*Khairul Atha*Aishah Umi Nabila
  • 13 April ** Iman*Afnan*Afuan
  • 11 June ** Rafeq*Syahirah
  • 16 June** Zuriah* Muhsin
  • 20 June **Nur Basirah*Patimah
  • 26 June** Noraida* Mohd Aiman* HAfizah Aini
  • 7 July**Zainon* Maksalmina
  • 22 July **Fairul* Faiz
  • 26 July**Arif*Adrena
  • 8 September **Rasha Aliah* HAshim
  • 14 September** Sofiah*Siti Rahmah
  • 27 september** Irfan Bakhid* Umar Faroq
  • 8 October **Mohd Rozi*Hidayatul Azima
  • 14 December ** aRIFAH* mOHD wAFA
5. Daripada pemerhatian saya.. keluarga Pak Teh Ibrahim  yg paling banyak tarikh birhday dekat2 nie.. senang nk buat sambutan.. Jimat.. sebab buy 1 kek jer... kekeke




6. Tapi Banyak banyak birtday tahun nie.. birtday CIK INA yg paling best.. sebabnya...



~10.10.10~

P/S: Thanks to kak fizah, dia yg siapkan list birthday kite nie... saya nie tukang masukkan jer....

Saturday, 30 January 2010

Budaya Berfikir dan cadangan balas

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Terlebih dahulu pada kesempatan kali ini pakcik nak mengucapkan salam sejahtera kepada komuniti Lobai Jani. Bagi memulakan bicara pada kali ini pakcik nak mengajak anak-anak cucu-cucu pakcik merenung ungkapan kata-kata ini “ Sesungguhnya Islam itu bagi orang-orang yang berfikir” .

Sebenarnya apa yang bakal pakcik perkatakan kali ini adalah penerapan budaya berfikir dan mengambilkira seperti seruan PM dalam akhbar pada 23 Jan yg lepas iaitu beliau menyeru agar rakyat sama-sama berfikir untuk Malaysia. Inilah yang dikatakan pemimpin yang dapat melihat potensi dan keupayaan samada dari fizikal mahupun mental untuk dijadikan synergy bagi membina Malaysia ke arah Negara yang lebih maju. Dalam hal ini sebenarnya mungkin tlh ada dlm benak pemikirann PM ttg budaya ini cuma baru skrg dia war-warkan. Komuniti Lobai Jani tlh lebih dahulu melaksanakan budaya ini di kalangan ahlinya sejak sesi interaksi melalui coretan dan idea yang di paparkan dalam blog ini lagi. Jadi x janggallah apa yg pakcik cuba terapkan dan x bertentangan dari segi agama dan bersesuaian dgn keperluan duniawi dan ukhrawi. Bagi memahami sesuatu itu kita memerlukan kekuatan BERFIKIR dan keupayaan memahami, mengekalkan (retention) kefahaman dan mengaplikasikan dlm konteks kehidupan. Sebagaimana yang pakcik sebut sebelum ini faham itu membawa kita tahu akan sesuatu dan bahawasanya TAHU itu adalah ILMU. Maka kaitannya pula ilmu dengan kehidupan dunia dan akhirat tlh diriwayatkan Rasullullah bahawa barang sesiapa yang berkehendakan kejayaan didunia adalah dgn ILMU, barang siapa berkehendakan kepada kejayaan di akhirat adalah dgn ILMU dan barang siapa berkehendakan kedua-duanya sekali juga kata Rasullullah dengan ILMU. Begitulah kaitannya FIKIR dengan ILMU. Melalui budaya berfikir barulah kita dapat menjadi knowledge people and knowledge worker Kepada anak-anak cucu-cucu pakcik LU FIKIR-FIKIRKAN LAH SENDIRI.

Sehubungan dgn itu pakcik menyeru agar anak-anak cucu-cucu pakcik turut memberi sumbangan berbentuk buah fikiran bagi memberi lebih pengertian kpd blog ini dan seterusnya memberi nilai tambah kpd perjalanan kehidupan komuniti Lobai Jani. Ini termasuklah beberapa cadangan balas kepada beberapa cadangan yg pakcik dan lain-lain ahli kemukakan. Ini termasuklah memberi cadangan baru, memperkasakan cadangan yg ada empowering existing idea. Bukan itu sahaja menggunakan keupayaan pemikiran membuat kritikan bersertakan rasional dan fakta bagi menyokong samada cadangan mahupun bantahan. Budaya berfikir perlu dikembangkan dan disuburkan dalam masyarakat jika kita ingin menjaya dan melahirkan budaya inovasi dan kreativiti. Sesungguhnya tamadun keagungan Islam pada suatu ketika dahulu juga dibangunkan berasaskan budaya berfikir oleh pemikir-pemikir dan ahli ilmuan islam yang mengamalkan keseimbangan duniawi dan ukhrawi

Pada ruangan ini pakcik nak mencadangkan agar satu ruangan di dalam blog ini diwujudkan untuk anak-anak cucu-cucu pakcik mencurahkan idea mereka. Belajarlah menyumbang idea, memberi pandangan dan pendapat. Jangan takut buah fikiran atau pandangan kita x diterima atau diperlekehkan. Mungkin satu pengiktirafan diberi kpd pemberi cadangan yang boleh mendatang impak positif dan BAIK atau membawa KEBAIKAN kepada komuniti Lobai Jani. Semoga Allah memberkati usaha kita samada berupa tenaga fizikal mahupun keupayaan minda demi mencipta kebaikan di bumi tuhan ini. Sehingga di lain paparan dan interaksi pakcik akhiri kalam dengan ALAHAMDULLILAH.....

Thursday, 28 January 2010

BLOGSHOP???

Saya sudah lama dengar idea bernas  Pak Cik Hadib untuk kite wujudkan Koperasi Hj Abd Ghani .. sudah 3 atau 4 tahun dahulu .. tapi masa tu.. itu cumalah cakap cakap sahaja.. SEbab masa tu saya tak confident , bukan saya sorang saja ,  saya rasa ramai yg tak confident , BOLEH BUAT KE TAK????..   

Tapi sekarang , saya dah nampak sedikit demi sedikit .  yg kita BOLEH.. sebabnya

1. Kita telah buktikan kita  bersatu padu . Kita mampu buat hari keluarga kita dengan jayanya

2. Kita semakin ramai  , keluarga kita semakin bertambah dan tentera-tentera kita bukan calang calang orang semuanya . semuanya hebat hebat belaka 

-:  Keluarga kita Semakin ramai lepasan universiti dan kolej boleh menaburkan sumbangan idea dan tenaga . kita mempunyai engineer , banker , arkitek , pensyarah , guru , akauntan , hafiz , tourist , dan lain lain lagi 

- : Semakin ramai juga yg menunggu masa untuk  masuk dan keluar universiti dan kolej bagi menambah pengetahuan didada  . ( soon akan keluar lagi akauntan , engineer , bahkan Doktor...)

- : Kita mempunyai 'orang lama' yang boleh membantu dan memberi tunjuk ajar  

- :Anak anak muda semakin membesar dan boleh membantu menyumbangkan tenaga   


Tapi ...... walaupun  mempunyai kelebihan , ilmu ,  kepakaran , dan kemudahan yang kite miliki , kita tidak semestinya mampu untuk melakukan jika tiada KERJASAMA & Tidak bersatu padu ..  

Think , and sleep on it ! DO WE CAPABLE ??? ( adakah kite mampu........)

Aduh...... sebenarnya saya nie dah lari topik dari tajuk entry.............

sebenarnya saya nak cerita pasal cadangan Saya nak Buat Blogshop keluarga . takpe2.. nanti kite cerita lain kali yer... yang penting sila vote dulu  kat poll kat atas ... Nak jual barang apa kat blogshop??? 


Sekian.