US

Tuesday, 22 December 2009

INTERAKSI ULUNG

Bismillahirrahmanirrahim.....

Asalamualaikum.......

Ku panjatkan kesyukuran dan puji-pujian bagi Allah swt tuhan seru sekelian alam yang haknya meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi serta diantaranya. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi muhammad saw kerana dengan keizinannya jua dapat hambanya ini melakarkan kalam bertintakan elektronik di paparan yang penuh berinteraktif ini.

Sebagai pembuka kata dan memula bicara, walaupun blog ini telah lama diwujudkan namun hambamu ingin mengambil kesempatan dari ruangan ulungnya ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah memerah kudrat tenaga fikiran dan keilmuan serta kepakaran di samping berteraskan sikap yg positif dan konstruktif bagi menzahirkan blog yang sebegini rupa yang dapat kita lihat bersama pada hari ini.Sesungguhnya penzahiran blog ini tepat pada masanya ketika dunia yang kononnya tanpa sempadan (borderless world) sedang mengharungi detik-detik ledakan teknologi akibat dari capaian maklumat dan perhubungan sepantas kilat serta alam fantasi ciptaan dunia maya (visual reality) menghasilkan dunia seumpama sebuah perkampungan (global village). Teknologi yg dulu diragui implikasinya dan kemudian digeruni keupayaannya kini menguasai kehidupan dunia. Begitulah hebatnya tamadun yang terhasil dari satu penciptaan kepada satu penciptaan yang bertitik mula dari yang maha pencipta.

Sebelum hambamu ini mengakhiri bicaranya berhubung blog ini izinkan apalah kiranya dapat mengajukan cabaran kepada semua yang berinteraksi di paparan yang penuh berinteraktif ini agar memenafaatkan blog ini sebaik mungkin ke arah kebaikan bersesuaian dengan cetusan yang terhasil melalui lintasan yang baik, meneruskan apa yang telah dimulakan, menuai hasil dari apa yang telah disemai. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sesungguhnya berilah pengisian kepada blog ini agar ianya dapat dinikmati bersama oleh komuniti kita dan manusia sejagat, ibarat buah tiada yang lebih memberi nikmat kalau tidak dari isinya. Bicara ini penuh kiasan banyak tersirat dari apa yang tersurat.Sekian utk paparan dan kupasan bersama..... Kupas jgn x kupas utk menikmati isinya...........

Mengenai Lebai Jani cukuplah sekadar utk ku mengenali insan ini sebagai pendeta dan arifbillah.... sukar ku perjelaskan dlm ruangan TERBUKA sebegini cukup sekadar ku ibaratkan TIADA HURUF utk ke lakarkan dan TIADA KATA utk ku ungkapkan bagi menggambarkan keilmuan yg diperturunkan kpd insan yang pernah ku kenali sejak dari kecil lagi.Masih ku ingat di satu ketika dia menjadi guru ku dan tak ku duga pula di suatu ketika lainnya dia menjadi mertua ku. Inilah ketentuan ilahi. YAKINLAH....! sesungguhnya apa yang berlaku kepada keluarga kita dan blog ini sendiri adalah sebahagian limpahan dari semangat yang berteraskan keilmuan yang pernah dipinjamkan kepada insan ini pada suatu ketika dahulu....LAFAZ UNGKAPAN ZIKIRMU BERTUBI-TUBI MENGINGATI ALLAH LAKSANA SENJATA MEMUNTAHKAN PELURUNYA... INILAH LEBAI JANI YG PERNAH KU KENALI DISUATU KETIKA DULU....SEMOGA ILMUNYA DIPERTURUNKAN KPD GENERASI TERKEMUDIAN. WALLAHUALAM.........INNALILAHI......... wslm.

Dari saat ke minit, dari minit ke jam, dari jam ke hari, dari hari ke bulan dan dari bulan ke tahun. Maka ditakdirkanlah Hari Keluarga Lebai Jani telah berlangsung dan disempurnakan pada tanggal 18 dan 19 Dis 2009 bersamaan 2 dan 3 Muharram 1432 hijrah.Hari ini telah berlangsung sebaik sahaja kita semua menyambut maal hijrah dan masing-masing dari kita telah berdoa dan memasang tekad dan melaksanakan solat tahun baru hijrah . Saya yakin ada di kalangan keluarga kita telah bertekad untuk berhijrah dari perkara baik kepada yang lebih baik bersesuian dengan semangat hijrah Rasullullah SAW. Sesungguhnya inilah sebenarnya PengISIan kepada erti hijrah sebenarnya. OOPs... bukannya bertujuan untuk bersyarah agama tetapi sekedar mengambil berkat dari peristiwa hijrah yang berlaku pada awal muharram. Awal Muharram semakin dilupakan akibat dari kealfaan kita akibat dari buaian duniawHari keluarga ini telah di isi dengan aktiviti-aktiviti meliputi semua peringkat umur kecuali yang masih dalam buaian. Hari Keluarga pada tahun ini telah berlangsung di Kg Stay Warisan, Bati Kikir, Kuala Pilah Negeri sembilan. Sambung lain kali.... tiada ruang.

No comments:

Post a Comment