US

Tuesday, 8 December 2009

Kenali Arwah Atok part 2

Sifat mulia arwah atok : arwah atok adalah seorang yang merendah diri ( low profile ) dan seorang yang pendiam tetapi bersemangat tinggi dan memiliki self motivation yang tinggi. Arwah berjiwa memberi bukan menerima kerana inilah beliau layak menjadi tuan guru iaitu pembimbing kearah kebenaran. Bagi arwah, setiap ilmu yang dimiliki wajib disampaikan dengan berpegang kepada prinsip " I can't keep it unless I give its away " . Tidak hairanlah arwah atok disegani, dihormati, disanjungi, dan mempunyai anak murid yang ramai. Ini terbukti semasa hidupnya, arwah menjadi rujukan masyarakat dan setiap hari tak pernah sunyi rumahnya dikunjungi oleh orang ramai.

Sifat penyayang arwah atok : Arwah atok mempunyai 12 orang anak 5 lelaki dan 7 perempuan. 2 anak perempuannya meninggal dunia. Arwah atok berkahwin dengan uwan semasa uwan berumur 12 tahun. He..he.. lucu dan romantik sebab uwan semasa usia 12 tahun masih kechil dan masih bermain pasir. Banyak cerita-cerita lucu semasa perkahwinannya. Arwah atok amat menyayangi uwan. Menurut cerita uwan kepada cik dol, katil dibiliknya akan dihimpit ke dinding hanya uwan yang akan tidur sebelah dinding. Uwan pernah minta daripada arwah atok untuk tukar posisi tempat tidur tetapi arwah atok tidak membenarkannya dengan alasan nanti uwan jatuh ke lantai. Huh... begitulah sayangnya arwah atuk kepada uwan.

Arwah atok bukan sahaja sayang kepada uwan tetapi kasih sayangnya juga kepada anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya. Apa yang cik dol ingat setiap cucu atau cicit yang dilahirkan, arwah atok akan mendukongnya sambil membaca wirit Lailahaillallah dan selawat Nabi. Cik dol masih ingat semasa arwah atok mendukong cucunya ANUR ( dalam lingkungan usia 3 bulan ), dia membaca selawat Nabi dan mengalirkan air mata.. Ehh cik dol rasa sebaklah menulis kisah ni... hingga jumpa lagi. ALFATIHAH

2 comments:

  1. waaaaaaaa... sedihnya cik dollllll.. aduh.. mengalir jugak air mata nie..

    ReplyDelete
  2. cik dol cite plak pasal wan..jgn lupa behind the success man, there are women...renung2kan dan selamat beramal..he3..

    ReplyDelete