Tuhan Maha Adil dan Saksama : Setiap manusia yang beriman dan berjiwa mulia akan dipertemukan Tuhan dengan jodoh yang sempurna. Begitu jugalah dengan arwah atok yang dipertemukan dengan seorang isteri yang berjiwa mulia seperti uwan. Uwan adalah anak bongsu daripada 3 orang adik beradiknya. Anak manja dalam keluarganya. Bagi cik dol arwah atok dan uwan adalah pasangan 'role model' . Uwan layak bergelar isteri yang solehah.
Sifat mulia uwan yang patut dicontohi : Sebenarnya banyak sifat mulia uwan kalau nak ditulis. Antaranya uwan tak pernah berjalan pada waktu lapangnya walaupun bersembang-sembang ke rumah orang atau jiran. Satu cerita yang jadi bukti, pernah uwan membuka kasut untuk menaiki bas dan menyedari dia berkaki ayam dalam bas. He..he.. lucu kan. Sifatnya yang paling mulia adalah uwan tak pernah mengumpat, bercerita fasal orang, buruk sangka kepada sesama manusia dan amat memuliakan orang dan tetamu. Ini adalah sifat yang perlu kita semua contohi dan dituntut oleh agama. Seperti firman ALLAH dalam surah Hujurat ayat 11 yang bermaksud:
" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu pihak dari kaum lelaki mencemuh dan merendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendahkan puak perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik kepada sesaorang, sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang-orang yang zalim ".
Hebatkan uwan kita? . Apa yang membanggakan cik dol semua anak perempuannya mengikut sifat uwan. " Dimana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi " . Harapan cik dol semua keturunannya dan kaum hawa bersifat demikian. Sebagai renungan bersama :
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Katanya Nabi s.a.w. bersabda :
Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah telaga pada hari yang sangat panas. Anjing itu cuba mengelirkan lidahnya kerana kehausan. Beliau kemudian menggunakan kasutnya yang dibuat daripada kulit iaitu khuf untuk mengambil air telaga tersebut sehingga anjing tadi dapat minum. Oleh kerana perbuatannya itu, dosa wanita tersebut diampunkan.
Semoga uwan memperolehi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.....amin
Yang baik datangnya dari ALLAH, yang buruk datangnya dari cik dol. semoga bertemu di minggu hadapan. ALFATIHAH.
iya.. uwan seorang ibu mitsali , tapi yg sedihnya.. nape di penhujung zaman senja.. dia jadi begitu..
ReplyDeletesabarla apid... mungkin ini adalah ujian untuk semua keluarga kita.. uwan dah jaga kita dengan penuh kasih sayang sepanjang hidup kita....kita semua nie diutamakan lebih dari dirinya sendiri.. adakah kita pula mampu untuk menjaga dia seperti mana dia menjaga kita semua.....
ReplyDelete