US

Saturday, 30 January 2010

Budaya Berfikir dan cadangan balas

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Terlebih dahulu pada kesempatan kali ini pakcik nak mengucapkan salam sejahtera kepada komuniti Lobai Jani. Bagi memulakan bicara pada kali ini pakcik nak mengajak anak-anak cucu-cucu pakcik merenung ungkapan kata-kata ini “ Sesungguhnya Islam itu bagi orang-orang yang berfikir” .

Sebenarnya apa yang bakal pakcik perkatakan kali ini adalah penerapan budaya berfikir dan mengambilkira seperti seruan PM dalam akhbar pada 23 Jan yg lepas iaitu beliau menyeru agar rakyat sama-sama berfikir untuk Malaysia. Inilah yang dikatakan pemimpin yang dapat melihat potensi dan keupayaan samada dari fizikal mahupun mental untuk dijadikan synergy bagi membina Malaysia ke arah Negara yang lebih maju. Dalam hal ini sebenarnya mungkin tlh ada dlm benak pemikirann PM ttg budaya ini cuma baru skrg dia war-warkan. Komuniti Lobai Jani tlh lebih dahulu melaksanakan budaya ini di kalangan ahlinya sejak sesi interaksi melalui coretan dan idea yang di paparkan dalam blog ini lagi. Jadi x janggallah apa yg pakcik cuba terapkan dan x bertentangan dari segi agama dan bersesuaian dgn keperluan duniawi dan ukhrawi. Bagi memahami sesuatu itu kita memerlukan kekuatan BERFIKIR dan keupayaan memahami, mengekalkan (retention) kefahaman dan mengaplikasikan dlm konteks kehidupan. Sebagaimana yang pakcik sebut sebelum ini faham itu membawa kita tahu akan sesuatu dan bahawasanya TAHU itu adalah ILMU. Maka kaitannya pula ilmu dengan kehidupan dunia dan akhirat tlh diriwayatkan Rasullullah bahawa barang sesiapa yang berkehendakan kejayaan didunia adalah dgn ILMU, barang siapa berkehendakan kepada kejayaan di akhirat adalah dgn ILMU dan barang siapa berkehendakan kedua-duanya sekali juga kata Rasullullah dengan ILMU. Begitulah kaitannya FIKIR dengan ILMU. Melalui budaya berfikir barulah kita dapat menjadi knowledge people and knowledge worker Kepada anak-anak cucu-cucu pakcik LU FIKIR-FIKIRKAN LAH SENDIRI.

Sehubungan dgn itu pakcik menyeru agar anak-anak cucu-cucu pakcik turut memberi sumbangan berbentuk buah fikiran bagi memberi lebih pengertian kpd blog ini dan seterusnya memberi nilai tambah kpd perjalanan kehidupan komuniti Lobai Jani. Ini termasuklah beberapa cadangan balas kepada beberapa cadangan yg pakcik dan lain-lain ahli kemukakan. Ini termasuklah memberi cadangan baru, memperkasakan cadangan yg ada empowering existing idea. Bukan itu sahaja menggunakan keupayaan pemikiran membuat kritikan bersertakan rasional dan fakta bagi menyokong samada cadangan mahupun bantahan. Budaya berfikir perlu dikembangkan dan disuburkan dalam masyarakat jika kita ingin menjaya dan melahirkan budaya inovasi dan kreativiti. Sesungguhnya tamadun keagungan Islam pada suatu ketika dahulu juga dibangunkan berasaskan budaya berfikir oleh pemikir-pemikir dan ahli ilmuan islam yang mengamalkan keseimbangan duniawi dan ukhrawi

Pada ruangan ini pakcik nak mencadangkan agar satu ruangan di dalam blog ini diwujudkan untuk anak-anak cucu-cucu pakcik mencurahkan idea mereka. Belajarlah menyumbang idea, memberi pandangan dan pendapat. Jangan takut buah fikiran atau pandangan kita x diterima atau diperlekehkan. Mungkin satu pengiktirafan diberi kpd pemberi cadangan yang boleh mendatang impak positif dan BAIK atau membawa KEBAIKAN kepada komuniti Lobai Jani. Semoga Allah memberkati usaha kita samada berupa tenaga fizikal mahupun keupayaan minda demi mencipta kebaikan di bumi tuhan ini. Sehingga di lain paparan dan interaksi pakcik akhiri kalam dengan ALAHAMDULLILAH.....

No comments:

Post a Comment