Bismi...Allah...Arrahman.....Arrahim...
Memulakan kalam dan bicara dgn kalimah bismillah.... dan diakhiri dgn kalimah alhamdulillah di atas kesempurnaan penzahirannya dan ucapan slm 1 Malaysia dan tidak terlewat utk mengucapkan selamat tahun baru masehi 2010. Pada tanggal 18 dan 19 Dis 09 yang baru lalu walaupun kita telah melangkah ke thn 2010 namun kenangan yang pahit, manis dan masam dari peristiwa Hari Keluarga 2009 seolah-olah baru berlaku semalam. Inilah kehebatan dari peristiwa Hari Keluarga Lebai Jani Thn 2009 yang antara lain menyentuh, mencuit, mengusik dan tidak kurang yg mengeletek serta meruntun jiwa nurani dan hati sanubari. Kita lihat saja bersama paparan gambar yang ditayangkan melalui blog ini. Video dari CD yang kini dalam pasaran di kalangan kerabat Lebai Jani. Album gambaran yang menjadi koleksi dan banyak lagi peninggalan dari peristiwa yang meninggalkan seribu satu kenangan, persoalan dan mungkin jawapan kpd kita dari peristiwa tersebut. Ini semua menceritakan segalanya hanya terpulang bagaimana kita melihatnya dari berbagai sudut dan pespektif. Apa yang pak cik nak sampaikan di sini adalah untuk kita sama-sama menghayati dan menyelami serta mengupas inti pati bagi kita mengambil apa saja bentuk pembelajaran dan iktibar dari sesuatu peristiwa tersebut. Sesungguhnya masa tidak akan menunggu kita. Peristiwa tersebut kini tlh menjadi sejarah dan tinggal dlm lipatan. Disini Pak cik ingin mengimbau kembali peristiwa tersebut samada baik mahupun buruknya utk kita renungi bersama melalui suluhan akal yang sempurna utk kita lihat kebaikan walaupun di sebalik keburukannya. Fitrah alam dijadikan berpasangan buruk lawannya baik tiada buruk maka tidak kenal yang baik. Yg bukan buruk itulah baik dan yg bukan baik itulah buruk. Begitulah esanya tuhan pencipta alam dengan kesempurnaannya.
Berbalik kepada peristiwa hari keluarga lebai jani 2009 apa yang menarik perhatian dan menyentuh perasaan Pak cik adalah:
a. Nilai mengenang budi dan jasa serta memberi penghargaan. Kesediaan anak cucu pakcik membawa uwan kpd cucu dan onyang kpd cicit dan tidak melupakan rope' utk turut serta pada hari keluarga thn 2009 adalah sesuatu yg x akan pakcik lupakan. Pakcik salute lah pd anak cucu Pakcik...Yang tua dihormati dan diingati dan yang muda pula dibimbingi dan disayangi. Inilah nilai-nilai yang perlu dipertahankan oleh anak cucu pakcik pada zaman yang penuh cabaran dan dugaan yang beralih memandang nilai kebendaan lebih dari nilai budi.
b. Sekali lagi pakcik nak merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas nilai budi yg x boleh dijual beli apabila anak-anak cucu pakcik memberi penghargaan kpd mak long iyah semasa majlis penyampaian hadiah. Sukar pakcik gambarkan betapa tersentuhnya hati pakcik bila ini berlaku. Pakcik percaya maklong yg pakcik kenali yg bertungkus lumus bekerja pagi petang, siang dan mlm tanpa mengenal penat lelah menjaga serta melayan kerenah uwan/onyang serta rope' pasti tidak berkehendakan kpd pembalasan. Inilah yg dikatakan pengorbanan dan tanggungjawab. Tidak cukup dengan itu permintaan dtg mencurah dari anak cucunya termasuklah anak pakcik dan pakcik sendiri meminta khidmatnya menyediakan masakan dan bekalan makanan termasuklah semasa pakcik berkursus di Amerika syarikat pd tahun 2006. Ini semua dilayani maklong tanpa sebarang kerenah.Kesedapan masakan maklong mengingati pakcik kepada keikhlasan hati yang membuatnya lantas pakcik berzikir kpd Allah dan mengingatkan pakcik kepada maklong yg berselawat ketika menyediakan masakan tersebut. Apakah kita sekedar memberi perhargaan tanpa melihat dan menghayati keikhlasan maklong menyediakan masakan itu. Dua doa pakcik, kpd maklong semoga diberi kekuatan dan semangat serta diberkati Allah segala pengorbananmu. Manakala anak cucu pakcik pula pakcik doakan diberi petunjuk dan hidayah kpd jalan kebaikan dan diredhai Allah. Amiiiin..
c. Melihatkan kpd perjalanan hari keluarga 2009 pada hemat pakcik walaupun terdapat beberapa kelemahan kecil dan kekurangan namun ianya tlh dilaksanakan dengan teratur, berkesan dan mencapai objektif yg kita kehendaki bersama. Pakcik panjatkan kesyukuran dan ucapan terima kasih kpd semua yg terlibat termasuk AJK yang memerah tenaga fizikal mahupun minda bagi merealisasikan hari tsb. SEMANGAT LOBAI JANI telah menghimpunkan kita semua di hari keluarga yang berkonsepkan suasana kampung (Kampung stay). Rasanya bukan sesuatu yang janggal kerana rata-rata dikalangan kita dari kampung. Inilah yang dikatakan semangat kesatuan dan perpaduan solidarity di kalangan ahli keluarga besar lobai jani dari merata tempat di seluruh negara dapat berkumpul. Semua mengambil bahagian dlm berbagai acara yg dijalankan dgn mengenepi status pangkat mahupun umur. Yg kecil didukung dan dikendung tidak di tengah padang mengambil bahagian tetapi sekedar ditepian memeriahkan suasana lapangan.Terserlah bakat dan keupayaan yg selama ini terpendam. Jgn lah kita sekedar melihatnya sebagai acara yg menyeronokan tetapi mari kita lihat ianya sebagai satu kekuatan. Yg tua mengalahkan yg muda dlm acara tarik tali merupakan sesuatu yg diluar jangkaan dan sesuatu yg perlu dilihat oleh jenerasi muda bagi menukar keputusan pd thn ni.Lihat lah kekuatan di sebalik kelemahan agar kita dapat menungkah arus dan menentang badai kehidupan.
d. Dalam bidang seni pula pakcik agak terkejut hampir-hampir nak terkejut beruk dibuatnya. Mlm karaoke menceritakan segalanya. Orang yang low profile rupanya berbakat menyanyi.Imam yang tahfiz pun mempunyai suara yang lunak dan menyentuh kalbu. Inilah yang dikatakan bakat terpendam. Bermula dari abang mat redo yg empunya angkara menghilang rasa malu dan segan di kalangan saudara. Karaoke berlangsung dgn penuh keseronokan. semua peringkat mengambil bahagian. Mungkin yg dlm buaian belum berkesempatan namun dari wajah kelihatan keriangan. Itulah hebatnya penangan karaoke yg dicipta orang jepun mengisi kebosanan.
e. Pakcik nak berhenti disini dahulu. Sebenarnya banyak nak diperkata lagi berhubung hari keluarga ini. Cukup sekedar ini dahulu dilain ruangan kita akan berbicara mungkin berkenaan cadangan bagi meningkatkan lagi keberkesanan hari ini setelah kita bercerita serba sadikit berkenaan hari keluarga dari aspek nilai dan pemerhatian pakcik sepanjang perjlanan hari keluarga tersebut. Alhamdulillah penutup kalam. Sekian. wasalam
No comments:
Post a Comment