US

Friday, 15 January 2010

Cadangan Tambah Nilai Kepada Hari Keluarga















BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM........


Segala puji bagi tuhan yang meliputi sekelian alam dan haknya, selawat dan slm ke atas jujungan Nabi Muhammad SAW. Atas limpah kurnianya juga Pakcik diberi kudrat dan iradatnya untuk mematuk setiap butang yang ada pada papan kekunci komputer ini bagi menterjemahkan cetusan idea yang berilhamkan lintasan hati nurani kepada lakaran huruf dan angka agar dapat dibaca dgn mata kasar. Pada kali ini pakcik nak memberi pandangan dan cadangan berhubung kait dengan tambah nilai value added bagi penambahbaikan yang mungkin boleh diberi pertimbangan utk hari keluarga Lobai Jani pada tahun ini dan mendatang. Berikut adalah cadangan yang dikenalpasti berdasarkan pemerhatian yang dibuat sepanjang hari keluarga Lobai Jani thn 2009 berlangsung:
a. Pelantikan AJK atau pemilik proses bagi mengurus dan menentukan persiapan dan perjalanan beberapa perkara penting seperti tempat penginapan , makanan, acara sukan , majlis BBQ dan aktiviti lain dibuat bagi memastikan perjalanan aktiviti pada hari sebenar berjalan tanpa sebarang halangan atau kelewatan. Walaupun resort dimana kita melangsungkan hari keluarga mempunyai staf mereka yang dipertanggunjawabkan namun AJK yang dilantik perlu memastikan segala persiapan dibuat dan mengikut kehendak dan keperluan yang ditetapkan atau yg dipersetujui bersama keluarga kita.
b. Kewangan adalah antara faktor terpenting penentu kejayaan kepada sesuatu majlis atau acara yang hendak dilaksanakan. Sumber kewangan yang ada didapati jauh dari mencukupi bagi memenuhi keperluan yang kita sasarkan pada awal rancangan ini dipersetujui. Lantaran itu berbagai langkah pengurangan kos dibuat dan diambil. Kita yakin ini dapat dielakan jika kita mempunyai peruntukan yang mencukupi. Untuk itu langkah-langkah berikut dicadangkan diambil segera:






i. Mencari sumber untuk meningkatkan tabungan. Langkah ini telah pun dimulakan walaupun secara kecilan seperti penjualan CD Hari Keluarga 2009. Untuk ini pakcik menyeru kpd yang telah memiliki CD ini menjelaskan pembayaran dgn kadar segera. Lagi awal lagi bagus. Siapa yang bermurah hati yg rezeki lebih itu bolehlah bayar lebih dari harga. Ini bertujuan untuk dijadikan modal kepada perniagaan yang lain pula. Mempelbagaikan sumber (diversify resources)Semua ini akan direkodkan. Seruan pakcik pd kesempatan ini utk kita sama-sama fikirkan bagaimana kita boleh meningkatkan tabungan. Jgn lah kita mengharapkan kpd koleksi bulanan yg dilakukan seperti mana amalannya. Ianya baik tapi x akan membawa kita kemana. Pakcik cabar dan provoke minda anak-anak dan cucu-cucu pakcik yg berkelulusan tinggi dan matang serta berpengalaman utk memikirkannya. YAKIN BOLEH.....KOMUNITI/KERABAT LOBAI JANI BOLEH...!!! (sesungguhnya x akan berubah nasib sesuatu komuniti tersebut kecuali komuniti itu sendiri merobahnya.)






ii. Penggunaan sumber seperti perkakasan dan bahan kita bagi meningkat kualiti aktiviti yang dirancang diadakan tanpa meningkatkan kos .Mari kita fikirkan bersama lihat dikeliling kita apa yang kita ada dan apa yang kita boleh lakukan darinya. Lahirkan dan cipta sesuatu dan berfikir di luar kotak . Ini lah sebenarnya dinamakan kreativiti dan inovasi yang dilhamkan dan diwar-warkan PM. Ini lah arus perdana yang sedang dan akan berlaku pada ketika ini dan masa mendatang. Kepada anak-anak cucu pakcik jadilah pesaing dengan trend hari ini (be abreast with the current and future trend) .Ini semua utk kita. DARI KITA UTK KITA.









iii. Mencari penaja (sponsor) samada di kalangan kita atau luar seperti menaja hadiah, cenderahati (kemeja T, seluar trek, topi, key chain dan banyak lagi). Cadangan ini memerlukan networking dengan pihak tertentu di luar. Perkara ini perlu dilihat dari kepentingan interest kedua-dua pihak kita mahupun pihak yang satu lagi. Ini semua ada kaitan dgn social contract responsibility. Maaf pakcik pun kurang arif tentang ini. Perkara ini kena tanya business men . Kena Tanya pakcu arif kot... nama dia pun arif dan kebetulan dia business men yang Berjaya di kalangan keluarga kita.Jangan marah pakcu arif ini satu pengiktirafan... He 3x......






iv. Pakcik selalu yakin setiap dari kita diberi kekuatan dan kelemahan oleh penciptanya. Namun sejauh mana kita menunjulkan kedua-duanya menjadi faktor penentu kejayaan seseorang. Jauh dari itu sebenarnya kedua-duanya mempunyai kepentingan. Selalunya orang yang menggunakan kelemah untuk bangkit membina kekuatan adalah mereka yang lebih berjaya . Kpd anak-anak cucu pakcik Lu fikir-fikirkanlah sendiri. Lihat ke dalam diri dan buat muhasabah diri. Tapi pakcik melihatnya dari luar menggunakan analisis SWAT (strength, weakness, apportunity and treat) hasilnya dikalangan komuniti lobai Jani yakinlah kita ini hebat.... Apa yang pakcik ingin sampaikan ini adalah membina kekuatan kewangan terutamanya dari kalangan kita yang berlatar belakang atau berkelulusan yang ada kaitan dengan keawangan menyumbang saran pemikiran. Ini yang dikatakan membina kekuatan synergy dari kesepaduan consolidation. Ini sekedar teori (i’m not theorist) tetapi ianya boleh direalisasikan (I’m actually realist). TEPUK DADA TANYA SELERA......!!!









Sekali lagi pakcik terpaksa berhenti disini. Idea sebenarnya melempah ruah takut x boleh dipraktikan (i’m a practical men actually). Demi masa (wal-asri) pakcik kembalikan kepada yg maha penentu utk menentukan. Tiada upaya kecuali dgn keupayaan mu jua.Lahaulawala.... Ini baru cadangan kewangan. Sehingga dilain masa ...insyallah. Alhamdullilah.wslm

1 comment:

  1. pak cik , anyah ade idea bernas cam na nak nambah duit ...

    1. kite buat onlineshop untuk tambah duit !! kite jual barang2 kite yg terpakai tapi masih elok lagi dgn harga murah.. kite buat blogshop keluarga hj ghani.. apid bole bagitau kat kawan2 blogger apid supaya shopping kat blogshop kite .. dan yg lain2 ... warwarkan juga pada semua kenalan ..

    harga brg terpulang kepada yg nk empunya brg nk letak berapa , separuh utk dia separuh utk tabung .. or semua utk tabung.. itu terpulang

    ReplyDelete