US

Sunday, 17 January 2010

CADANGAN HARI KELUARGA II

BISMILLAHIRRRAHMANIRRRAHIM



Terlebih dahulu pakcik nak mengucapkan salam sejahtera kepada komuniti Lobai Jani. Kepada yang menyambut hari jadi pada bulan Januari ini diucapkan selamat menyambut hari jadi semoga dipanjang umur dimurahkan rezeki serta kehidupan diberkati Allah swt. Pada kali ini pakcik nak meneruskan apa yang telah dimulakan. Ini sebahagian dari pengisian kepada objektif kita mewujudkan blog lobai jani. Kita ditengah perjalanan jgn pula kita lupa dimana kita bermula dan kemana arah yang nak kita bawa blog ini dalam kewujudan nya. Jauh lagi sebenarnya perjalanan. Apakah kita dapat bertahan dalam menempuh perjalanan yang jauh ini. Pakcik menyeru kpd anak-anak cucu-cucu pakcik berilah pengisian kpd blog ini.

Sambungan kpd cadangan penambahbaikan yang dipaparkan dlm blog ini tempoh hari cadangan pada kali ini adalah seperti berikut:



a. Mungkin cadangan ini agak nakal atau tak masuk akal tapi cadangan ini pakcik yakin ada lah praktikal untuk dilaksanakan. Pakcik nak mencadangkan sesi percambahan fikiran atau sumbang saran brainstorming session diadakan semasa hari keluarga lobai Jani berlangsung sebagai salah satu dari aktiviti bagi mencari jalan penyelesaian problem solving kpd sesuatu permasalahan atau peningkatan enhancement kepada taraf atau ukurtakat benchmark kpd kerjabuat dalam konteks terutama Hari Keluarga atau apa saja yang relevan kpd keluarga kita.

b. Cadangan ini pula bersifat jangka panjang utk kita renungi bersama dan boleh dijadikan strategi jangka panjang untuk kita pergi atau bergerak lebih jauh dalam perjalanan keluarga ini iaitu PENUBUHAN KOPERASI LOBAI JANI . Sesungguhnya pakcik sedar bahawa idea ini memerlukan usaha yang bersepadu antara pemikir thinker dan pelaksana worker . Sesuatu yg boleh dijadikan impian dream sebelum ianya menjadi kenyataan reality. Yakinlah melalui analisis SWAT pakcik kita tlh pun memiliki asasnya. Cuma will power utk menggerakannya. Demi masa pakcik kembalikan kepada yg maha penentu dan berkuasa serta yang memilki masa merealisasikannya. Lahaulawala.........



c. Kita telah pun mempuyai blog sendiri yang merupakan asas fundamental utk kita bergerak satu tahap yang lebih tinggi lagi dalam aplikasi dan memberi pengisian kpd blog ini iaitu mengorak langkah kpd penggunaan e-dagang/ e-commerce melalui blogshop sebagai alat bagi kita memasarkan keluaran product yang boleh kita fikirkan bersama. Ini merupakan cadangan kesinambungan kpd cadangan berhubung kewangan bagi tabungan keluarga kita tempoh hari. Kita boleh mulakan secara kecil-kecilan kita meniarap, tarik perut, merangkak, bertatih sebelum kita berdiri, berjalan dan berlari. LU FIKIR-FIKIRKANLAH SENDIRI........

d. Pakcik juga ingin mencadangkan supaya aktiviti seperti memberi pengiktirafan dan penghargaan di atas pencapaian akademik, pengorabanan dan berbagai lagi perlulah diteruskan malah kalau boleh dipertingkatkan ditambah nilai lagi dimasa depan. Keperhatinan komuniti kita ini mungkin kita lihat secara lebih menyeluruh atau holistik lagi meliputi ahli yang berperanan didepan mahupun di belakang tabir. Seperti ada yang menyarankan kak tam orang di belakang mak long juga diberi penghargaan pada masa depan. Didalam keghairahan kita meraikan hari keluarga jgn pula kita lupa ahli keluarga kita seperti pak uda yang bertarung utk mengembalikan maruah dan status diri. Seperti yg pernah pakcik katakan kpd anak cucu pakcik lihatlah kebaikan di sebalik keburukan.

Pakcik pernah belajar ilmu pembinaan dari pak uda ketika membaiki bilik air kg, membina tempat basuh pinggan dirumah Pak ngah dan banyak lagi kerja baikpulih rumah yg x dapat pakcik ceritakan di sini satu persatu. Tetapi Sesuatu yg pakcik ingin kongsi bersama hasil dari ilmu yg pak cik pelajari darinya pakcik telah berjaya merealisasikan impian pakcik memiliki rumah hasil dari titik peluh pakcik sendiri memberkati ilmu yg pakcik pelajari dari beliau. Kerjasama pakcik dgn kontraktor yg dilantik dgn pakcik terlibat membancuh simen, memberi idea, membantu membina beam dan memasang tile pakcik berjaya mengurangkan kos setengah dari peruntukan bagi membina 600 meter persegi keluasan binaan. Sukar utk ku lafazkan dgn kata-kata hasil dari ilmu pakcik perolehi dari pakuda. Pakcik mendoakan yg terbaik kepada pakuda. Mungkin ada sesuatu yang boleh dilakukan supaya pak uda menjadi lebih relevan dlm keluarga Lobai Jani. Sekali lagi pakcik menyeru dan merayu agar anak-anak cucu-cucu pakcik sama-sama memikirkan termasuklah menambah bilangan ahli dan meningkatkan penglibatan dikalangan ahli yang masih dipinggiran atau diluar untuk turut serta bersama kita........



Sekian yang dapat pakcik dapat paparkan utk kita renungi bersama memikirkan mengilhamkan sesuatu yang baru untuk kita realisasikan bersama. Sehingga dilain paparan pakcik berdoa semoga keluarga kita diberkati dengan apa yang telah,sedang dan yg bakal dilakukan. Salam buat semua dimana jua berada. Pakcik dapat menghasilkan 3 coretan dan nukilan pada hujung minggu ini untuk memeriahkan blog serta memberi lebih makna pengisian kpd blog kita sebab pakcik tak balik semenyeh minggu ini sebagamana lazimnya sebelum ini semenjak pakcik berkhidmat di Johor Bahru. Sesungguhnya tiada daya dan upaya kecuali daya dan upaya mu jua ya Allah. Kpd mu jua ku panjatkan kesyukuran. Alhamdulillah. Wslm........


No comments:

Post a Comment