US

Saturday, 16 January 2010

Pantun Hari Keluarga

BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM,
Selamat sejahtera buat anak-anak dan cucu-cucu pakcik sekelian baik dimana saja berada samada di dalam mahupun diluar Negara atau seanteluruh dunia. Kemunculan pakcik kali ini agak berbeza. Pantun pesaka nenek moyang tinggalan tradisi kita sebagai pewaris perlu memeliharanya. Pada pakcik pantun ini bukan sebarang pantun seloka. Pantun penuh berisi makna. Bukan sekedar dibaca penglipur lara. Tetapi perlu dihayati rangkap bicara baik di pembayang mahupun maksudnya. Suluhan akal yang sempurna sebagai asas panduannya. Semoga mendapat keberkatan dari yg esa. Pantun ini penuh dgn kiasan, penuh kata tauhid dan pujian kpd yg esa. Berlandaskan ilmu kalam, jika dihayati sebenar-benarnya jalan dakwah pakcik dan sumbangan serta sedekah pakcik kpd semua. Tidak arif tentang agama tetapi sekedar luahan hati nurani yang sering berbicara ...... ...... P’se read in between the lines....!!!


PANTUN KELUARGA LOBAI JANI
Maha esa pencipta alam
Kalimah wujud awalan kata
Mengajar manusia berlakarkan kalam
Puji-pujian kepada pencipta

Selawat dan salam kepada junjungan
Salamat sejahtera sanak saudara
Keluarga Lobai Jani ampunya gerangan
Izinkan hamba membuka bicara

Sepuluh jari menyembah salam
Kampung Sg Layang bermulanya cerita
Hati nurani berputiknya ilham
Jejari mematuk menterjemah kata

Kata kiasan beribu istilah
Bawang ku kupas tiada isinya
Arwah Lobai Jani ku sedekahkan fatihah
Semoga roh mu mulia di sisinya


Bermula dgn BBQ, di teratak desa
Berkesinambungan di Linggi Melaka
Pantai Port Dickson tahun berikutnya
Home stay Kuala pilah ceria jenaka

Kata bicara tertangguh sementara
Salah dan silap kemaafan dipinta
Semangat Lobai Jani mekar membara
Ku panjatkan kesyukuran kepada pencipta......


Mungkin setelah membaca ini nukilan gila ada pula mengatakan sebagai penglipur lara. Bagi pakcik jika ada tersentuh rasa, berfikir sementara, sudah memadai memenuhi hasrat asalnya. Jika dipinjamkan lagi kpd pakcik oleh yang maha pencipta ilham, akan pakcik terus mematuk gudget ini berkongsi ilmu pujangga yang kita warisi zaman berzaman tidak lapok dimakan masa. Selagi itulah Melayu tak akan hilang didunia.
Sekali lagi pakcik panjatkan kesyukuran kepada pencipta. Inilah zikirku kpd mu. Doa pakcik semoga anak cucu pakcik memahami sesuatu. Anak-anak cucuku. FAHAM ITULAH TAHU. TAHU ITU ILMU. Sehingga dilain bicara. Alhamdulillah penutup bicara. Wslm....

No comments:

Post a Comment

Post a Comment